Connect with us

Politik

Dr Mahathir Cadang Firma Swasta Lakukan Audit Kedua Pada Agensi Kerajaan

Putrajaya perlu mendapatkan khidmat firma swasta untuk melakukan pengauditan kedua terhadap agensi-agensi kerajaan selepas ia menjalani audit dalaman, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Audit kerajaan tidak memadai. Adakalanya kita perlu dapatkan juruaudit swasta untuk melakukan audit kedua akaun-akaun yang disimpan oleh jabatan-jabatan kerajaan.

“Bukanlah kita nak beri peluang kontrak kepada mereka tetapi (pilihan) di antara kehilangan wang yang banyak dengan membelanjakan wang untuk selamatkan wang kita, saya fikir, kita perlu pilih untuk selamatkan wang dengan menggunakan wang tersebut bagi mendapatkan pakar-pakar menentukan segala yang diuruskan berjalan dengan sangat baik,” katanya, lapor Malaysiakini.

Ahli parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisement

Ia dibuat selepas Laporan Audit Negara 2019 siri 2 di dibentangkan di parlimen pada Selasa lalu.

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid berkata sebanyak 17 audit prestasi melibatkan RM90.635 bilion dilakukan untuk laporan tersebut sementara 62 cadangan dikemukakan untuk membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan dilakukan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel