Lelaki 53 Tahun Dirakam Peluk, Gesel K******* Pada 3 Kanak-Kanak Perempuan Di Tangga Flat

Lelaki 53 tahun dirakam peluk,gesel kemaluan pada 3 kanak-kanak perempuan di tangga flat. Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul tiga kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun di tangga sebuah flat di Sri Damansara, di sini, semalam.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 39 tahun, yang juga bapa kepada seorang mangsa, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bapa mangsa membuat aduan polis selepas melihat satu rakaman video berdurasi 19 saat yang ditunjukkan oleh pengerusi persatuan penduduk flat terbabit.

“Kandungan rakaman video itu menunjukkan suspek memeluk dan menggeselkan kemaluannya beberapa kali pada mangsa yang berusia tujuh tahun di tangga flat berkenaan.

Advertisement

Rakaman video itu berjaya dirakam oleh seorang penduduk yang terserempak dengan perbuatan suspek,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh saksi kejadian bersama beberapa penduduk flat dengan bantuan pihak polis.

“Suspek dikenal pasti bukan penduduk di flat berkenaan tetapi berada di situ dengan alasan untuk mencari seorang rakan lamanya.

“Siasatan awal mendapati suspek juga melakukan perbuatan yang menjengkelkan itu ke atas dua lagi rakan mangsa, kedua-duanya berusia 11 tahun di lokasi yang sama,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya sedang mengesan sekiranya terdapat mangsa lain.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek direman tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Advertisement

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: FMT

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

16 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago