Connect with us

Hiburan

“Mereka Rasa ‘Cable’ Terlampau Kuat” – Caprice Tampil Buat Laporan Polis

Aktivis dan penyanyi rap, Caprice tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur malam tadi.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli, 33 itu, berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu melibatkan pihak polis namun terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana sesetengah individu berasakan diri mereka lebih hebat daripada undang-undang.

“Sejujurnya, saya tak nak pun buat laporan polis ini. Sebenarnya, saya lagi mahu meletakkan fokus, energi dan usaha terhadap perniagaan serta kehidupan.

“Tetapi, sesetengah individu di luar sana merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang (above the law),” katanya menerusi untaian muat naik video dalam Instastory.

Advertisement

Sementara itu, menerusi hantaran status sekeping foto yang dimuat naik, pelantun lagu Lenglui itu memohon didoakan segala urusannya dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Bismillah. See you when I see you (jumpa anda bila tiba waktunya nanti).

Advertisement

“Saya percaya penuh dengan pihak polis dalam menegakkan undang-undang, tegas, adil dan berhemah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi banyak perkongsian status dan video dalam Instagram, Caprice memaklumkan dirinya telah menerima lebih 60 ugutan bunuh sejak hampir tiga bulan lalu.

 

Sumber: Instagram Caprice

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel