Azalina Dilantik Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia).

Perkara itu dikongsikan Azalina menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini, yang turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan itu.

“Terima kasih YAB (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada, saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya yang turut berkongsi foto beliau menerima surat pelantikan berkenaan.

Difahamkan, Azalina yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menerima surat pelantikan itu daripada Perdana Menteri pada Khamis.

Advertisement

Azalina meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lepas dan menyatakan tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana pihak.

Sumber: BERNAMA

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago