Connect with us

Global

Individu Lukis Gambar Nabi Dilapor Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri Jalan Raya

STOCKHOLM: Kartunis Sweden yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam kemalangan ngeri jalan raya.

Daily Mail melaporkan, Lars Vilks, 75, terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban, menurut laporan Expressen.

Advertisement

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel