Connect with us

Viral

‘Kenapa Kacau Anak Aku?!’ – Anak Bongsu Kerap Bercakap Sendiri Sejak Masuk Homestay

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 

KISAH BENAR dari penceritaan kawan aku di sebuah homestay di Melaka.

Kawan aku ni angkut family dia menyewa di sebuah homestay di Melaka. Aku tak boleh sebut kat mana sebab tempat yang diorang stay tu member aku yang lain punya homestay. Kira sewa atas kawan, maka dapatlah harga murah sikit. Lagi pula cuti sekolah. Kalau aku sebut, nanti terjumpa, lebam biji mata dah jadi Drakula pakai spek di siang hari.

Diorang sampai ke homestay itu pada waktu petang. Saja je nak sampai waktu petang sebab boleh lepak homestay terus. Jadi tak payah keluar dulu. Budak bukan faham, yang diorang tahu bila dah sampai maknanya kena enjoy. “Kita enjoy dulu!

Advertisement

Anak dia ada dua yang dah besar, darjah lima dan yang kecil darjah satu. Baru pandai menulis sikit. Banyak mewarna dari menulis. Selain dari budak-budak dan mak bapa, adik ipar pun ikut sekali. Kira bawa maid lah. Malam itu tiada apa-apa yang berlaku dan diorang pun selesa. Selalunya cerita hantu, rumah mesti buruk dan horror. Tetapi rumah itu okay, bilik semua cantik dan kemas. Mungkin pemiliknya memang rajin datang (bersihkan). Dah nama homestay, bukan rumah hantu Kota Melaka kan? Diorang tidur awal sebab dah janji nak bangun awal.

‘DUDUK DALAM RUMAH, TAK BOLEH IKUT!’

Keesokan harinya, anak dia pagi-pagi dah menangis. Bila ditanya kenapa, dia kata kenapa si kakak kejutkan? Bila cakap tak ada, dia kata kakak kejutkan sampai dia terjatuh dari katil. Mak ayah dia fikir mungkin anaknya mengigau. Biasalah budak-budak.

Selepas itu, mereka pergi ke zoo, taman tema, pergi makan-makan. Kawan aku ni ada bapa saudara juga, kiranya boleh melawatlah sebab bapa saudara dia tinggal tak jauh dari homestay itu.

Malam itu, bermulalah gangguan. Yang kena paling awal adalah anak bongsu dia. Budak dah sekolah, mesti dah boleh fikir kan? Tapi sayangnya, mak dan ayah dia tak percaya.

Advertisement

Sebelum terlupa, anak dia ni duduk dengan keluarga mentua kawan aku. Isteri dia kerja sebagai guru di Sabah. Kawan aku pula di semenanjung. Jadi bila tiba musim cuti sekolah, barulah dapat kumpul anak beranak. Anak bongsu dia ada hobi suka bercakap seorang diri, dari mula dia pandai bercakap sampai dah sekolah. Orang tak berapa nak bela anak sangat, jadi karekter anak tak berapa jelas.

Selang dua tiga hari kemudian, si adik ni dah macam pelik. Sikit-sikit dia geleng kepala. Kemudian dia cakap:

“Tak boleh, nanti papa marah. Dah malam”

Diorang pandang juga, kenapa dengan budak ni? Lebih kroniknya bila nak keluar rumah, si adik bongsu tu boleh cakap:

“Duduk dalam rumah, tak boleh ikut. Kereta kecil, tak muat. Kejap lagi balik.”

Rasa cuak juga mak bapanya. Masa tengah makan, tanya adik bercakap dengan siapa? Dia geleng kepala dan kejap-kejap dia memandang ke arah kereta. Agaknya pening bila asyik ditanya.

Advertisement

“Tak boleh beritahu, ‘dia’ ada kat sini”.

Kawan aku dalam fikiran dia, “Ahhhh! Mengarut!”

Malam itu, adik ipar member aku temankan budak-budak itu tidur. Sekitar jam 2-3 pagi, dia ternampak ada dua orang budak berdiri di depan pintu bilik. Masa di alam mamai, dia fikir mungkin anak-anak buah dia ke tandas. Tapi ‘diorang’ hanya berdiri di depan pintu dan tiba-tiba si adik bongsu bersuara.

“Adik nak main, adik nak main, tunggulah kejap”

Masa tu si ipar ni dah cuak gila. Menambahkan kecuakkannya itu, ‘dua budak’ itu terapung dan kakinya tak jejak tanah. Lampu dapur sengaja dibuka, senang kalau anak-anak member aku nak pergi ke tandas. Dengan cahaya lampu itu, si ipar nampak dengan jelas ‘mereka’ tak ada kaki. Si adik ni terpisat-pisat nak bangun, terus si ipar merentap tangan dia. Kejut sekali si kakak sambil menjerit-jerit membaca apa yang patut. Si adik pula ketawa-ketawa dan melambai ke arah ‘mereka’. Pagi tu juga, kecoh pasal hantu.

Ayah: “Siapa diorang tu?”.

Advertisement

Anak Bongsu: “Anak yatim piatu”

Ayah: “Kenapa diorang ajak main, adik ikut?”

Anak Bongsu: “Kakak jahat, selalu tak layan adik.”

Anaknya kata kawan baru tu cakap, kakak sebenarnya tak suka adik. Dia sebenarnya tak suka adik manja dengan Tok Wan.

Ayah: “Kawan adik duduk sini ke?”

Advertisement

Anak Bongsu: Geleng kepala.. “Dia duduk kat belakang tu” sambil tunjuk ke arah dapur belakang.

Kawan aku pun tak tidur sampai siang, nak tunggu pemilik homestay datang. Rumah itu harga sewaannya RM180 semalam. Ambil pula seminggu ditambah dengan deposit lagi. Tunggu punya tunggu, hari dah siang. Pemilik homestay yang merupakan kawan ayah aku juga akhirnya datang. Kitorang panggil dia Ayah Ku.

Ayah Ku macam peliklah juga sebab dia kata tak pernah ada kes seperti ini. Ada juga yang pernah menyewa bawa keluarga tetapi belum ada lagi terkena gangguan. Rumah yang diorang duduk itu dulu rumah kampung milik arwah ayah kepada Ayah Ku. Kemudian dirobohkan untuk buat rumah batu sebelum dijadikan sebagai homestay sebab anak-anak dan dia sendiri dah ada rumah lain.

JAM, DOMPET, HANDPHONE & KUNCI KERETA HILANG

Jadi kawan aku ceritakan tentang apa yang berlaku dan penampakan ‘dua budak misteri’ itu. Ayah Ku pun tak tahu. Atas perbincangan sesama mereka, duit deposit dipulangkan dan diorang duduk di rumah bapa saudara sebelum balik semula ke Kuala Lumpur.

Advertisement

Hari yang sama, diorang mengemas untuk check out. Tiba-tiba kawan aku perasan jam dan dompet dia hilang. Puas dicari sana sini tetapi tak dapat ditemui. Yang si ipar pula kehilangan telefon bimbitnya yang ketika itu sedang dicas.

Keadaan menjadi kecoh semula. Si adik pula duduk di penjuru rumah menangis-nangis cakap, “Ayah, mama, kakak, semua tak sayang adik. Adik nak mati.”

Kawan aku dah tak peduli, isteri dia saja yang cuba memujuk anak bongsunya. Tetapi disebabkan kecoh dompet yang baru tak sampai setengah jam letak di atas meja kecil dalam bilik hilang, dengan telefon bimbit pun hilang, bila call nombor telefon, langsung tak ada bunyi, keadaan menjadi semakin tegang. Kawan aku dah mula nak menuduh Ayah Ku pula.

Tetapi bila difikirkan semula, macam mana Ayah Ku boleh curi? Orang tua itu tak masuk ke bilik adik ipar pun. Datang masuk ke rumah, dia hanya duduk di sofa. Masa nak serahkan duit pun, kunci rumah belum diserahkan lagi. Cuma berjanji petang nanti dia akan hantar ke rumah. Ah sudah! Otak kawan aku terfikir sesuatu, kunci kereta. Rupa-rupanya kunci kereta pun hilang.

‘HA’AH, ‘DIORANG’ YANG AMBIL’

Rancangan diorang nak tinggal sementara di rumah bapa saudara tergendala. Semua sibuk mencari barang yang hilang. Kawan aku call bapa saudara dia untuk datang ke homestay. Memandangkan bapa saudaranya sedang bekerja, dia suruh tunggu sampai dia habis syif. Dalam masa yang sama, diorang tanya si adik bongsu mana pergi barang-barang yang hilang itu. Budak itu lagilah mengamuk dan meraung-raung macam orang tuduh dia.

Advertisement

Semua menahan sabar dan menunggu bapa saudara sampai ke homestay. Tunggu punya tunggu sampai dah ke petang, call semula Ayah Ku dan ceritakan tentang barang yang hilang. Ayah Ku pun datang petang itu juga dan sama-sama tolong cari.

Disebabkan dah petang dan ditambah dengan perut lapar, isteri kawan aku hulur duit kepada Ayah Ku dan minta tolong belikan makanan. Ayah Ku pun keluar. Yang si adik ini macam orang tak berapa nak hiraukan dia sebab dia bising dan memekak cakap seorang diri. Kawan aku tanya anak bongsu dia,

“Adik, kawan adik yang ambil ke?! Kalau tak cakap, adik tinggal kat sini dan tak payah balik ke rumah Tok Wan!”

Anak bongsu dia mula-mula menggeleng kepala. Bila kena sergah dan ugutan bagai, barulah dia bersuara.

“Ha’ah, ‘diorang’ yang ambil,” katanya.

Advertisement

“Kenapa masa ayah cari tadi tak beritahu?!” bentak si ayah.

Anak dia terus bangun dan kata, “Adik anak angkat! Semua orang tak sayang adik!”

Terkesima kawan aku. Tapi apa yang dikatakannya itu tidak betul, anak dia anak kandung. Pandai pula ‘benda’ itu menghasut. Kawan aku dah rasa lain macam sebab anak dia tak pernah cakap seperti itu. Dia kunci jeriji besi di pintu utama kerana bimbang anak dia lari.

Malam itu bapa saudaranya datang termasuk Ayah Ku. Bapa saudara kawan aku ini dipanggil sebagai Pak Andak. Dulu dia pernah belajar silat, kira pangkat senior. Dia boleh tolong juga dalam hal seperti ini. Kawan aku cerita, dulu Pak Andak siap bertapa bagai dalam gua untuk memantapkan ilmu dia.

‘KENAPA KACAU ANAK AKU?!’

Advertisement

Apabila Pak Andak sampai, terus dia cakap ada budak lain yang sedang menghimpit si anak bongsu. Budak-budak itu berusia dalam lingkungan 7 ke 8 tahun, tak ada muka. Pak Andak duduk di sebelah adik sambil pujuk-pujuk nak suap makan. Anak kawan aku langsung tak nak makan. Macam protes ke apa, entahlah.

“Kenapa kacau adik? Jangan kacau dia, dia ada mak ayah lagi. Pergilah balik,” kata Pak Andak.

Si adik tiba-tiba menangis dan kemudian berdiri. kawan aku cepat-cepat peluk anak dia yang telah dirasuk.

“Aku dah duduk lama kat rumah ini. Dari zaman ayah kepada ayah kau!” balas si adik dengan matanya terpejam sambil menuding jari kepada Ayah Ku.

“Selepas rumah dirobohkan, kami berpindah ke tali air itu. Aku adalah kanak-kanak yang hilang di era 60-an dan langsung tidak dijumpai. Mati lemas. Dulu tali air itu sungai, kemudian ditambak sekitar pertengahan 90-an,” jawab benda yang merasuk si adik.

Kawan aku pun bertanya, “Kenapa kacau anak aku?”

Advertisement

Pertanyaan itu membuatkan ‘benda’ itu ketawa dan berkata, “Sebab anak kau yang terpilih,” sambil ketawa.

Rumah menjadi gelap gelita, barang-barang jatuh dengan sendiri. Pak Andak mula membaca apa yang patut dan azan tengah rumah. Ayah Ku memang dah pucat lesi. Dengar pula suara menjerit-jerit, ketawa dan mengamuk pada permulaan suara kanak-kanak sebelum berubah menjadi suara lelaki yang garau memaki hamun dalam bahasa yang tidak difahami.

Pak Andak kata, jin itu menyerupai kanak-kanak untuk perangkap anak kawan aku. Sebenarnya dia adalah jin belaan yang tidak bertuan dan telah memilih sebab hanya anaknya yang dapat melihat mereka. Benda itu juga mahu menjadi pendamping tetapi anak kawan aku masih belum beri kata putus sama ada nak berkawan atau tidak. Jadi benda itu menghasut si adik supaya benci terhadap kakak,dia dan keluarganya agar si adik dapat diambil untuk dijadikan sebagai kawan.

Disebabkan itu juga mereka sorokkan barang-barang yang hilang itu tadi supaya anak kawan aku ini tadi tak ikut sekali. Budak kecil kan? Jin terdesak namanya. Ayah Ku hanya mendiamkan diri, dia sendiri pun tidak menyangka.

TIBA-TIBA RUMAH JADI GELAP GELITA

Advertisement

Pak Andak keluar mengutip batu beberapa biji dan dilemparkan ke dalam rumah itu di beberapa penjuru. Batu itu ditekan sedikit ke dalam tanah di kawasan belakang dan depan. Isteri kawan aku, anak sulungnya dan ipar terus terkunci mulut. Mungkin terkejut sangat. Barang-barang yang hilang tadi akan dicari pada keesokan hari.

Si adik selepas diseram dengan air oleh Pak Andak, terus tersedar. Rumah yang tadi seperti dilanda ribut dan gelap gelita, kini sudah kembali terang. Tiada barangan yang jatuh. Semua berada di luar dan menumpang kereta Pak Andak untuk pergi bermalam di rumahnya. Semangat adik dipulihkan pada malam itu juga dan diikat dengan tangkal supaya dua ekor jin itu tidak datang dekat dengannya lagi.

Keesokan paginya, diorang kembali lagi untuk mencari barang yang hilang. Semua barang-barang itu rupanya telah dicampak ke belakang rumah berdekatan dengan tali air. Telefon bimbit memang dah ‘selamat’ dalam air dan tak dapat diselamatkan. Percutian diorang kali ini memang terjejas. Diorang segera masukkan barang-barang dalam bonet.

Semasa berada di dalam kereta, si adik selamba berkata,

“Adik nak main tapi dah tak boleh (sebab) nak balik. Tak boleh ikut, kereta sempit. Jumpa lain kali saja,” katanya.

Advertisement

“Tak ada lain kali!” kata si ayah.

Ayah Ku ada cerita, mungkin dua ekor jin itu milik arwah datuknya. Tetapi arwah ayah dia tak nak ambil lalu dicampakkan ke sungai. Jadi benda itu menunggu dan menunggu siapa yang boleh dijadikan tuan.

Memandangkan homestay itu baru dibuka dua tahun lalu, rumah itu telah ‘dipagar’ agar benda itu tak boleh masuk. Namun, ada penyewa yang sudah melanggar kerana yang datang  menyewa di situ adalah keluarga Cina sebelum kawan aku pula datang bercuti di situ.

Ayah Ku minta maaf berkali-kali pada kawan aku. Aku ada juga bertanya kepada kawan aku, apa dah jadi dengan rumah itu sekarang? Kawan aku kata, rumah itu okay tetapi tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Sumber: Rafiz28

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel