Makan Sepotong Kek Tambahan, Pengantin Baru Minta Tetamu Bayar RM20.72

Dalam satu kejadian aneh, seorang tetamu perkahwinan telah mendedahkan yang dia diminta untuk membayar wang tambahan hanya kerana makan sepotong kek tambahan di majlis perkahwinan. Tetamu yang dipercayai berasal dari United Kingdom berkenaan, berkongsi pengalaman anehnya di Reddit dan mengakui terkejut apabila menerima mesej dari pengantin perempuan melalui SMS, beberapa hari selepas majlis perkahwinan.

Difahamkan, pasangan pengantin baru itu meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari majlis perkahwinan mereka dan mendapati seorang tetamu mengambil sepotong kek tambahan (kek perkahwinan).

Mereka pada mulanya mengirim video tersebut kepada tetamu terbabit di mana dia dilihat mengambil sepotong kek buat kali kedua. Tetamu yang menerima mesej itu bingung dan menjawab, “Saya tak tahu apa yang kamu cuba sampaikan”.

Mesej itu kemudian dibalas, “Hei, jadi kami melihat video rakaman CCTV dan ternampak kamu mengambil dua potong kek perkahwinan. Untuk maklumkan, kami telah memaklumkan kepada setiap tetamu bahawa mereka perlu membayar untuk sepotong kek dan kamu hanya membayar untuk sepotong kek sahaja. Bolehkah kamu bayar RM20.72 segera?”

Advertisement

Di media sosial, netizen bagaikan tidak percaya dengan insiden yang menimpa tetamu berkenaan tetapi merasakan perkara itu melucukan dan mempertikaikan tindakan pasangan pengantin yang menghabiskan banyak masa untuk meneliti video rakaman CCTV berbanding menikmati bulan madu mereka.

“Gilalah minta tetamu bayar untuk sepotong kek tambahan, apa lagi meneliti video rakaman CCTV dan meminta tetamu membayar dengan harga RM20.72 dengan kadar segera! Mereka ni tak ada perasaan malu ke?” kata netizen.

Sumber: India.com

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

4 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

5 days ago