Connect with us

Terkini

Tiada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa, Borhan Che Rahim Minta Maaf Kerana ‘Posting’

Sempat menerima kecaman kerana memuatnaik hantaran berunsur perkauman, Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim membuat permohonan maaf secara terbuka.

Permohonan maaf secara bertulis lengkap tandatangan Borhanuddin beredar di laman sosial dan turut diunggah laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Bahagian Pasir Puteh. Dalam isi surat tersebut, Borhanuddin telah menawarkan diri melepaskan jawatan yang disandang dalam parti wakilnya.

“Atas rasa tanggungjawab, saya bersedia menawarkan diri melepaskan jawatan saya sebagai penjawat parti (Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh) demi menjaga nama baik parti,” tulis Borhanuddin dalam kenyataan tersebut.

Borhanuddin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kaum India berhubung tindakannya memuatnaik hantaran yang dianggap menyentuh sensitiviti kaum.

Advertisement

“Saya tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana orang dan kaum. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,” tambahnya.

Tulisan di hantaran Facebook Borhanuddin 1 Oktober lalu mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Borhanuddin yang telah menggunakan panggilan tak sepatutnya kepada wakil badminton negara, dalam hantaran tersebut.

Sumber: Bersatu Pasir PutehUtusan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel