Connect with us

Terkini

Lihat Kasut Penghantar Barang Dah Rosak, Lelaki Ini Terus Masuk Rumah Beri Yang Baru

Umat Islam dituntut melakukan kebaikan selain mengajak orang lain ke arah kebaikan. Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala sebagaimana diterangkan melalui beberapa nas berikut:

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: “Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Surah Ali-Imran, ayat 134 yang bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Berbuat baik tidak perlu tunggu masa kita senang sahaja, kadang kala pemberian kecil yang kita lakukan besar maknanya kepada sesetengah orang.

Advertisement

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @erinerahim , dia telah memuat naik satu video menunjukkan suaminya memberi sepasang kasut kepada seorang penghantar kurier ketika pekerja berkenaan menghantar barang ke rumahnya.

@erinerahimBila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki #J&T #fypシ #foryourpage♬ original sound –

Menurut wanita itu, pada awalnya dia tidak menyedari perkara tersebut. Namun terlihat yang suaminya berborak lama dengan penghantar kurier di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke dalam rumah dan mengambil sepasang kasut yang masih elok.

Suaminya berharap pemberian tersebut dapat digunakan untuk tujuan bekerja selepas melihat kasut yang dipakai penghantar kurier berkenaan sudah rosak. Namun pekerja terbabit memaklumkan kasut berjenama yang diberi itu masih sesuai untuk dibawa berjalan-jalan.

Situasi tersebut sangat bermakna dan mendapat pujian ramai selepas video yang diambil secara diam-diam itu dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Rata-rata meninggalkan komen positif dan sempat mendoakan agar pemberi kasut dan penghantar kurier itu dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.

Advertisement

 

Sumber: TikTok @erinerahim

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel