Connect with us

Kemalangan

Bunyi Letupan Sangat Kuat, Seperti Dipanah Petir, Rumah Bergegar

Lebih 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak. Kes kebakaran banyak dilaporkan terjadi yang berpunca oleh penyimpanan tong gas tidak betul, litar pintas dan penggunaan api mancis. Siapa sangka hanya dengan kesilapan kecil sahaja boleh menyebabkan risiko kemalangan sehingga meragut nyawa insan tersayang.

Menerusi laporan Utusan Online, sebuah keluarga berhadapan detik cemas apabila kejadian tong gas meletup secara tiba-tiba telah mengakibatkan seorang lelaki dan anaknya melecur teruk seluruh anggota badan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Tak sempat dia sentuh tong gas, tiba-tiba meletup. Bunyi letupan sangat kuat seperti dipanah petir dan bergegar rumah. Ketika itu, anak (Nurul Atiqah) ada di belakangnya.” cerita Rosilawati Abdul Rahim, 44, isteri kepada Mahari Md. Noor, 47.

Kejadian tong gas meletup telah menyebabkan suaminya, Mahari Md. Noor, 47, dan anak bongsunya, Nurul Atiqah mahani, 14, melecur teruk seluruh anggota badan.

Advertisement

Dia yang tinggal di Apartment Saujana Heights, Teluk Kumbar berkata, Mahari mengalami kesan terbakar 50 peratus pada badannya manakala Nurul Atiqah cedera tangan dan kaki manakala sebahagian rambutnya terbakar.

Katanya, kejadian berlaku ketika suaminya mahu memeriksa bahagian dapur selepas mengesyaki berlaku kebocoran gas kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Ketika itu, kami sekeluarga termasuk dua lagi anak hendak masuk tidur. Suami terdengar seperti air di dalam tandas tidak ditutup dan keluar melihatnya. Ruang masak terletak di belakang tandas.

“Tak sempat dia sentuh tong gas, bahan bakar itu tiba-tiba meletup. Saya kemudian mendengar suara anak mengerang kesakitan dan terus ke dapur. Saya terkejut melihat anak dalam keadaan sudah terbaring manakala suami sempat berdiri dan meminta memanggil jiran,” katanya di sini semalam

Kata Rosilawati, anak lelakinya pantas memadamkan api di kawasan letupan gas berlaku dengan alat pemadam api yang terdapat di rumah mereka.

Advertisement

“Melihat keadaan suami dan anak, saya menjadi hilang kawalan dan terus meminta bantuan jiran untuk menghantar ke Hospital Balik Pulau sebelum dipindahkan ke HPP.

“Keadaan mereka kini stabil tetapi kerap mengadu kesakitan akibat melecur. Suami saya dijangka menjalani satu pembedahan menampal luka melecur hari ini (semalam),” katanya.

Sumber: Utusan Online (NOOR HASLIZA NUSI)

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel