Connect with us

Hiburan

“Jangan Ambil Kerja Tuhan” – Dituduh Duit Tak Berkat, Kak KM Mengamuk Ditegur Pendakwah

Usahawan sensasi, Kak KM membidas kenyataan seorang pendakwah selebriti yang mengatakan perniagaan diusahakannya adalah dengan cara berdosa sekali gus rezeki diperolehi tidak berkat.

Menerusi temu bual mStar Online, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberi ‘amaran’ kepada pendakwah tersebut agar jangan mengambil kerja Tuhan apatah lagi sudah memalukan dirinya secara terbuka.

“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar… aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!
“Kau dah menilai orang, kau nak cakap aku ni pendosa, duit tak berkat.. kau kalau betul, tegur cara baik bukan memalukan macam tu. Semua orang baca, nak orang pandang kau apa? Mulia?,” katanya.

Anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu menjelaskan, dia boleh menerima teguran dengan hati terbuka namun bukan seperti dilakukan pendakwah berkenaan yang disifatkan biadab.

“Kak KM ni orang biasa.. kita boleh terima teguran ke, nasihat. Tapi bukanlah kau nasihat aku, aku nak terus pakai pakai tudung, sorry beb! Melainkan kita tersedar, dapat hidayah. 
“Lagipun tengok cara tegur. Kalau kurang ajar macam tadi tu (pendakwah), kau jumpa depan-depan aku pun.. aku takkan hormat kau.
“Kak KM tak kisah pun apa orang nak fikir, dah lali selama enam tahun berniaga. Aku tak pernah peduli apa orang nak cakap, kita tahu apa kita buat. Kak KM dibesarkan dengan ilmu, kita tahu semua.. mengaji, solat, sekolah agama,” ujarnya.

Terdahulu, pendakwah terbabit memuat naik tangkapan skrin di laman Instagram apabila terdapat seorang individu sering ‘menyeru’ namanya untuk menegur tindakan Kak KM yang dianggap sensasi dalam menjalankan perniagaan.

Advertisement

Tonton temu bual penuh:

Sumber: mStar Online (Tuan Hafis Tuan Ludin)

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel