Connect with us

Global

Suspek Kes Curi Ditangkap Polis Ketika Menyorok Dalam Selimut Dengan Kakinya Terkeluar

Seorang suspek disyaki terlibat dalam kes kecurian menjadi bahan jenaka apabila dilapor ditemui dalam keadaan berselubung selimut dipercayai untuk bersembunyi dari pihak polis.

Menurut Mirror UK, polis Derbyshire berjaya menahan suspek berusia 36 tahun itu selepas menemuinya ‘bersembunyi’ di bawah selimut dalam keadaan kakinya terjulur keluar.

Diibaratkan seperti kanak-kanak yang bermain aci sembunyi, suspek akhirnya ditahan selepas didakwa melakukan beberapa siri kecurian di kejiranan tersebut.

Gambar suspek ketika ditahan telah dikongsikan di laman Facebook polis tempatan selepas penahanannya pada 4 Oktober lalu.

Advertisement
Kredit: Daily Mail

“Kalau kami boleh cari kamu bersembunyi dalam loteng, kalau kami boleh panjat pagar taman untuk tahan kamu, takkanlah kami tak cari dalam almari? Takkanlah kami tak kenal kalau kamu sembunyi bawah selimut?”

“Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan selepas ditemui bersembunyi di dalam almari, di bawah selimut. Kaki besarnya buatkan persembunyiannya terbongkar.

“Satu lagi didakwa dan direman atas tuduhan melakukan kecurian di South Derbyshire,” tulis akaun tersebut seperti dipetik Mirror UK.

“Kalau kamu lari dari polis Swadlincote, kamu hanya akan masuk ke jel dalam keadaan penat. Dalam kes ini, dia dah ada selimut untuk tidur dalam sel,” ujar salah seorang anggota polis.

Kredit: Daily Mail

Sumber: Mirror UK

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel