Connect with us

Global

(Video) Terpelanting Mahkota, Miss World Filipina Jatuh Tergolek 2 Kali Jadi Perhatian

Malang tak berbau! Mungkin itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan detik cemas yang dilalui Miss World Filipina ini apabila dia terpaksa menanggung malu kerana terjatuh di atas pentas ketika acara berprestij itu berlangsung.

Menurut sumber, acara berprestij itu berlangsung selama tujuh jam dan ini membuatkan kesemua para peserta termasuk Miss World Filipina iaitu Trecey Maureen Perez mengalami keletihan. Bukan sekali tapi dua kali! Ketika kesemua para peserta sedang posing di atas pentas sambil menanti pengumuman nama pemenang, tiba-tiba Trecey terjatuh dari tangga ke bawah pentas.

Tetapi nasib malang terus menimpa Miss World dari Filipina ini apabila dia sekali lagi terjatuh ketika namanya dinobatkan sebagai juara. Pada awalnya, Trecey dilihat berjalan dan melakukan cat walk dengan perlahan namun siapa sangka, dia tiba-tiba terjatuh sehingga membuatkan jambangan bunga pada tangan serta mahkota yang dipakainya terpelanting di lantai pentas.

Video tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Miss World Filipina.

@donalbert08Pagkadapa ni Miss World Philippines 2021 #missworldphilippines2021 #nadapa #mwp2021 #tracymaureenperez #fyp #foryoupage #trending♬ original sound – Don Albert

Sumber: Twitter

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel