Connect with us

Global

(Video) Abang Kurier Tahan Sabar, Pelanggan Dah Koyak Parcel Enggan Bayar COD, Beri Alasan Baju Sempit

Pada era globalisasi hari ini, semua jenis transaksi boleh dilakukan secara dalam talian. Dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, transaksi secara ‘online’ kini mendapat tempat di hati pengguna.

Seiring dengan peningkatan jumlah pengguna yang membeli belah secara online, semakin banyak kedai yang membenarkan pembayaran dibuat secara bayaran semasa penghantaran (COD).

Pembayaran secara COD dapat mengurangkan risiko penipuan antara penjual dan pembeli kerana sudah pasti barang diterima, barulah pembeli membayar dengan jumlah barang yang ditetapkan termasuklah harga penghantaran.

Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila ramai pula di luar sana yang salah faham tentang kemudahan COD ini, malah tak kurang juga cuba ambil kesempatan dengan kemudahan tersebut.

Advertisement

Belum bayar secara COD tapi dah koyakkan plastik 

Menerusi sebuah video tular yang kini tular dilaman sosial TikTok, seorang pekerja penghantaran sempat merakam kerenah seorang pelanggannya yang enggan membayar walaupun selepas mengoyak plastik ‘parcel’.

Memberi alasan baju berkenaan agak ketat, wanita yang kelihatan agak berusia itu enggan membayar ‘parcel’ yang dipesannya dan tergesa-gesa beredar dari situ.

Pemuda itu yang kelihatan kecewa dengan tindakan wanita berkenaan sempat memberi amaran untuk menularkan video berkenaan namun tidak diendahkan oleh wanita tersebut.

@dickyantikaDerita kurir online shop ….saya minta maaf tuk seller ya ?🙏🏼🙏🏼#1000pelangganjnt #kurirpaket #fypシ゚viral #fypdongggggggg♬ suara asli – user7717311292973

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut memberikan respon berhubung video itu kerana jelas pelanggan tersebut telah pun menyalahgunakan kaedah COD sekali gus menyusahkan pekerja penghantaran dan juga si penjual.

Advertisement

Sumber: TikTok Dickyantika

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel