Connect with us

Jenayah

Kantoi Dengan CCTV, Abang Askar Jilat Tangan Pekerja Wanita Diburu Polis

Seorang lelaki yang memakai pakaian seragam askar didapati mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pada awalnya suspek datang ke kedai berkenaan untuk membeli pod. Selepas urusan membeli, dia keluar sebelum masuk semula ke kedai vape untuk memberitahu pod yang dibelinya itu tidak berfungsi.

Mangsa kemudiannya memeriksa pod itu sebelum menggantikannya dengan yang baru. Ketika itulah suspek mengambil kesempatan memegang serta menjilat tangan mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian.”

Usaha mengesan suspek kini dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Advertisement

Terus takut dapat tahu ada CCTV ya. Apapun, sentiasalah berjaga-jaga apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali dalam situasi apa sekalipun, tambah lagi kepada golongan wanita.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel