Connect with us

Jenayah

Padah Jilat Tangan Pekerja Wanita, Anggota Tentera Ditahan

Tular di laman sosial perlakuan tidak senonoh seorang lelaki memakai pakaian seragam askar dipercayai mencabul pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang.

Terkini dilaporkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu telah ditahan polis di sebuah rumah di Taman Setiawangsa tengah malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah malam tadi.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas pakaian seragam yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari kelmarin.

Advertisement

Baca: Kantoi Dengan CCTV, Abang Askar Jilat Tangan Pekerja Wanita Diburu Polis

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel