Connect with us

Jenayah

(Video) Belasah Teman Wanita Di Kedai Makan, Lelaki Serah Diri Kepada Polis

Tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang lelaki ‘menyerang’ dan memukul teman wanitanya di sebuah kedai makan di Jalan Pending, Kuching.

Video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat itu dimuat naik di akaun Made In Borneo sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan di Pending petang tadi (semalam). Seorang lelaki telah menyerang dan membelasah seorang wanita yang juga kekasihnya.
“Susulan daripada kejadian, pekerja kedai makan telah membantu membelasah lelaki berkenaan,” tulis kapsyen posting Facebook tersebut.

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, lelaki terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sebelum ditahan anggota polis.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih warga tempatan berusia 30-an itu.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Difahamkan, mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Melvin Joni) , Facebook Made In Borneo

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel