Connect with us

Viral

(Video) ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’ – Budak SPM Tampil Beri Jawapan Bila Ditanya Mengapa Kahwin Awal

Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tidak kemana. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

“Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.”

“Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.”

Advertisement

Hasil tinjauan di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP”

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang hamil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

@akma.nasrijanji xkcau laki org 😜 #masukberandafyp #foryoupage♬ bunyi asal – wife irwan fahmie🌹

@akma.nasridemi baby umi rela 🥺 #pejuanggarisdua #masukberandafyp #foryoupage♬ bunyi asal – wife irwan fahmie🌹

Sumber: Akma.Nasri

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel