Connect with us

Terkini

‘Jangan Tunggu Teguran Allah, Takut Tak Boleh Patah Balik’ – Ustaz Abdullah Khairi

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan di media sosial, berkenaan seorang pengasas produk kecantikan iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM.

Difahamkan, Kak KM tular di media sosial kerana didakwa sering mempamerkan aksi lucah dan ghairah telah menjadi buah mulut orang yang menyelarnya sebelum ini.

Aksi tersebut didakwa oleh segelintir pihak sebagai tujuan melariskan produknya meskipun didakwa bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ekoran itu, beberapa pendakwah tampil menasihati dan menegurnya kerana didakwa kurang sopan dilakukan untuk tatapan di media sosial.

Salah seorang pendakwah yang tampil menasihatinya adalah Ustazah Asma Harun, dia juga telah menasihati Kak KM untuk menghentikan menggunakan medium tersebut bagi melariskan produknya.

Advertisement
Ustazah Asma Harun

Menurut Asma Harun, dia terpanggil untuk menegurnya kembali ke pangkal jalan kerana ia adalah sebahagian tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Tambah Asma lagi, jika perkara ini tidak dibendung, ramai lagi yang akan rosak mindanya dek kerana terpengaruh dengan budaya sedemikian.

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, “influencer”, pengasas produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial,” tulis Ustazah Asma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustazah Asma Harun (@ustazahasmaharun)

Advertisement

Meskipun begitu, niatnya telah disalah erti kerana ada yang mendakwa tujuan Ustazah Asma membuat perkara tersebut untuk menumpang populariti Kak KM.

“P.U Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar “rating”,” luahnya.

Sebelum ini, Asma telah menerima pelbagai aduan mengenai Kak KM dan perkara itu merungsingkannya kini.

Luah Asma, sekiranya ia tidak dibendung maka, akan memberikan kesan negatif terhadap generasi muda masa akan datang.

Advertisement

“Sebenarnya dah lama dan kerap kali saya menerima aduan khusus tentang beliau, kebimbangan ramai pihak terhadap normalisasi aksi dan percakapan luc** serta mengghairahkan secara terbuka

“Begitu juga ramai lagi “pengasas” bahkan di kalangan netizen melakukan perkara yang sama.

“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya,” perkongsian Ustazah Asma.

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Asma, seorang selebriti iaitu Lufya dilihat seakan setuju dengan pandangan yang diberikan, dan dia juga tidak bersetuju dengan medium yang digunakan oleh Kak KM untuk melariskan produk dengan menjual “maruah diri”.

“Sejujurnya saya pun takut tengok cara ramai wanita berniaga melariskan produk mereka, malu anak-anak gadis kita tengok.

“Takut-takut dah terbiasa tengok wanita berjaya dengan cara berniaga sedemikian dan menjadi ikutan

Advertisement

“Lama-lama menjadi terbiasa “new norm”. Perasaan malu itu mesti ada, bukan malu untuk berusaha berniaga tapi malu melakukan adegan yang tidak sopan dan pakaian yang keterlaluan,” luah pelakon Lufya.

Selain pelakon Lufya, seorang pendakwah terkenal Ustaz Abdullah Khairi tampil memberikan pandangannya mengenai isu ini.

Menurut Abdullah Khairi, dia berkata niat mereka menegur hanya menjalankan tanggungjawab dan bukannya untuk menumpang populariti seperti yang didakwa tersebut.

“Bila orang agama tegur, dia ingat cari populariti dan “famous”, kami tegur sebab sayang hamba Allah

“Kira okay lagi teguran orang agama ni, jangan tunggu teguran Allah, takut dah tak boleh nak patah balik,” tulis Ustaz Abdullah Khairi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel