Connect with us

Terkini

“Moga Sempat Dipadam Oleh Diri Sendiri..” – Giliran Ustazah Asma’ Harun Pula Tegur Kak KM

Penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur usahawan sensasi Kak KM selepas berlaku kontroversi berhubung teguran daripada pendakwah bebas PU Syed.

Menurut laporan mStar Online, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sebelum ini menuduh pendakwah tersebut cuba menumpang populariti selepas menegur teknik pemasaran yang digunakan agak keterlaluan dan lucah.

“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.
“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya.

Advertisement

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan “marketing”…

“…kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri?,” tulis Asma di laman Facebook.

Asma’ berkata, setiap insan tidak mengetahui bila tibanya ajal mereka selain berharap agar usahawan berkenaan sempat memadam posting yang memaparkan aksi tidak sepatutnya di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)

Advertisement

“Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu-Nya, dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.

“Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati.

“Kita tidak pernah tahu bilakah detik kematian akan kunjung tiba, namun yakinlah setiap hela nafas yang Allah masih pinjamkan buat kita saban hari..

“…itulah peluang berharga untuk kembali kepada-Nya. Balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati setiap perintah dan meninggalkan larangan-Nya,” katanya.

Tegas beliau, tindakan pendakwah dan orang ramai yang membuat teguran bukan untuk meraih populariti sebaliknya mahu melaksanakan kerja yang diperintahkan sebagai saudara Islam.

Advertisement

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.

“PU Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating,” ujarnya.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Facebook Ustazah Asma’ Harun

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel