Connect with us

Mahkamah

Tukar Barang Kemas Mangsa, Bomoh ‘Tok Wan’ Dipenjara 8 Bulan

KLANG: Seorang bomoh lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyalahgunakan barang kemas bernilai lebih RM20,000 milik seorang peniaga nasi kukus, yang diserah untuk ‘dibuang sihir’ pada Ogos lalu.

Majistret Sarulatha Paramavathar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Izwan Mohd Ahmid, 34, dan memerintahkan ia bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Oktober lalu.

Mohd Izwan yang digelar ‘Tok Wan’ didakwa menyalahgunakan harta bukan miliknya, iaitu 24 jenis barang kemas emas bernilai RM22,910 yang diserahkan oleh seorang lelaki untuk tujuan rawatan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang, Jalan Kapar, dekat sini, pada jam 9.21 pagi 21 Ogos lalu.

Advertisement

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebatan dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah menghubungi ‘Tok Wan’ pada 21 Ogos lalu selepas disyaki mengalami gangguan misteri.

‘Tok Wan’ didakwa kemudian ke rumah mangsa bersama penolongnya dan meminta semua barang kemas milik keluarga mangsa atas alasan mahu ‘membuang sihir’ pada barang kemas berkenaan.

Mangsa yang mempercayainya, telah menyerahkan kesemua barang kemas itu.

Pada 21 September lalu, tertuduh didakwa sekali lagi ke rumah mangsa dengan membawa satu punjut kain berwarna kuning yang dikatakan mengandungi barang kemas milik keluarga mangsa, dan memberi arahan agar ia dibuka selepas 10 hari.

Advertisement

Bagaimanapun, mangsa telah membuka punjut berkenaan pada 28 September lalu dan mendapati barang kemas di dalamnya adalah berbeza serta tiruan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ain Madihah Zulkifli, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan perlu menanggung isteri dan empat anak, selain menghidap penyakit darah tinggi serta masalah prostat. – BERNAMA

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel