Connect with us

Terkini

(Video) ‘Nak Pegang Peluk Anak Sekejap Pun Tak Boleh’ – Dituduh Curang, Wanita Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

Tular satu perkongsian di Facebook apabila seorang wanita mendakwa sudah tiga tahun tidak berpeluang berjumpa anak sendiri. Malah, dia juga mengatakan dilarang berhubung melalui panggilan telefon atau Whatsapp.

berebut anak

“Setelah hampir 3 tahun tak dapat jumpa anak-anak. Jangankan jumpa nak call atau Whatsapp pun tak boleh. Hari ini dapat mahkamah minta keterangan anak-anak, dapat la tengok anak-anak, nak pegang peluk sekejap pun tak boleh.”

“Allahhu. megahnya kau, berlagaknya kau dengan kuasa duit kau, hari ni kau beli undang-undang. Hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dengan menindas orang. InsyaAllah. Allah maha adil, Allah tahu segala yang berlaku.”

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, wanita ini dilihat mendekati si anak untuk memeluknya. Namun, bekas suaminya dilihat menarik tangan anak untuk beredar. Berlaku sedikit pergelutan apabila wanita ini enggan melepaskan anak.

berebut anak

“Kau boleh tipu mahkamah, kau boleh menang di mahkamah dunia ni. One day Allah akan rentap segalanya. Ingat setiap kejahatan pasti ada balasan. Manusia yang paling zalim adalah manusia yang pisahkan ibu dengan anaknya.”

“Jangan terlalu selesa menganiaya orang. Satu je nak cakap walau apa pun yang aku terpaksa hadapi, aku sanggup hadap. Namun aku tak pernah menyesal bercerai dengan kau.”

Advertisement

Setakat ini, perkongsian telah mendapat lebih 4,000 shares dan 2,000 komen. Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya. Mereka kesal apabila anak-anak terpaksa menjadi mangsa akibat penceraian ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian lain pula, wanita ini menceritakan kisah sebenar selepas didakwa curang.

Menerusi satu lagi perkongsian dia menjelaskan bahawa telah bercerai secara fasakh.

Advertisement

Ini kejadian pada 2019….dia cakap mahkamah dan polis x boleh buat apa2….

Dah hampir 40 report polis dibuat, dan dia dah berkali2 ditahan dan dijamin…bila bebas dari penjara dia terus menyeksa saya dan anak2….

Saya dah buntu😭

Saya mohon bercerai cara fasakh di mahkamah…dan mahkamah jatuhkan yg talak …bukan kerana saya curang mcm yg netizen anggap😭”

Advertisement

 

Sumber: FB Rias Jelita

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel