Connect with us

Mahkamah

Viral Lamborghini Dipandu Laju, Pemandu Dipenjara 2 Minggu & ‘Disekat’ Ambil Lesen

Seorang pemandu kereta mewah jenis Lamborghini Gallardo yang videonya tular merempuh enam kenderaan di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur awal bulan lepas, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya.

Majistret Amanina Mohamad Anuar menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Rahman Abdullah, 28, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah memerintahkan Abdul Rahman menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 6 Okt selain tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan.

Abdul Rahman yang tidak mempunyai lesen memandu didakwa memandu kereta Lamborghini Gallardo berwarna ungu dengan melulu dan berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan serta kerosakan teruk kepada enam kenderaan lain di Jalan Tun Razak, pada 8 pagi, 8 Sept lepas.

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Baca: “Kalau Saya Bawa Tak Bawa Macam Tu” – Pemilik Lamborghini Tegas Kereta Dipandu Pekerja Bengkel

Abdul Rahman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah diberikan dengan alasan dia tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga termasuk dua anak.– Bernama

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel