Connect with us

Jenayah

Bapa Kandung Kudung Tangan Rogol Anak OKU Selepas Seminggu Kematian Ibu Tiri Dipenjara 15 Tahun

Seorang bapa yang kudung tangan dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh yang berusia 50 tahun itu didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kuala Krai pada 18 Ogos lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak boleh bergerak kedua-dua belah kakinya mengatakan bahawa dia dirogol oleh tertuduh pada bulan Mac 2017 iaitu seminggu selepas kematian ibu tirinya.

Sejak daripada itu, mangsa mengatakan dia telah dirogol oleh bapanya lebih 30 kali di dalam bilik tidur mangsa apabila terdapat kesan koyakan lama pada kemaluannya.

Advertisement

Anak kepada suspek yang tidak boleh mengerakkan kedua-dua kakinya itu juga mempunyai satu video kejadian itu yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit.

Menerusi video tersebut, jelas menunjukkan yang mangsa dirogol tanpa kerelaan. Sisatan juga mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel