Connect with us

Terkini

Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai esok. Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi sidang khas secara langsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

Jelas Perdana Menteri lagi, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

Advertisement

“Rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan bermula esok jadi esok bebaslah dan inilah yang ditunggu oleh masyarakat. Bagaimanapun saya harap jangan ambil lewa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada sidang media khas dari Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Bagaimanapun kebenaran rentas negeri ini dikecualikan bagi kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel