Connect with us

Terkini

Ayahanda’ Pertubuhan Haram Antara Ditahan Kerana Positif Dadah

Enam wanita antara 52 individu yang ditahan ketika menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan awal dan soal siasat ke atas individu yang ditahan, mereka mengaku menghadiri mesyuarat melibatkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS.

“Polis kemudian merampas barang-barang berkaitan dengan kumpulan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Advertisement

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati enam daripada individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai ‘Ayahanda’ dan kesemua mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.

“Modus operandi pertubuhan ialah ialah dipercayai menjalankan kerja-kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau ‘reposessor’. Seramai 36 individu yang ditahan telah direman selama empat hari bermula Sabtu,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel