Connect with us

Global

Belum divaksin, Presiden Brazil Marah Dilarang Tonton Bola Sepak

Mexico City: Presiden Brazil Jair Bolsonaro tidak dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Santos menentang Gremio kerana tidak mempunyai sijil vaksinasi Covid-19.

“Mengapa perlu kad, pasport vaksinasi? Saya hanya ingin menonton perlawanan Santos dan mereka memberitahu saya yang saya perlu ambil suntikan vaksin. Kenapa pula?

“Saya ada lebih banyak antibodi berbanding mereka yang sudah disuntik,” kata Bolsonaro.

Sebuah video perbualan Bolsonaro dengan akhbar di Guaruja, Sao Paulo diterbitkan oleh Metropoles pada kelmarin.

Advertisement

Menurut media tempatan, Presiden Brazil itu sedang bercuti di Sao Paulo.

Beliau pernah dijangkiti Covid-19 pada Julai 2020.

Selepas menjalani kuarantin selama beberapa minggu, presiden itu juga dikatakan membantah sekatan pergerakan dan peraturan memakai pelitup muka. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel