(Video) Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan, Arwah Ibu Tak Sempat Jumpa Cucu

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, pada 1 Oktober lalu telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.

Ketika ditemubual wartawan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.

Menjawab kepada pertanyaan wartawan mengenai anak arwah Abam, Ali berkata arwah ibunya tidak ada berjumpa langsung dengan cucunya itu. Menurutnya, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu.

Kongsi Ali, sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya berkata;

“Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin.”

Advertisement

“Abang kau tak ada tinggalkan zuriat. Kalau fikirkan ada zuriat, nanti terlampau risau dan rindu. Kita doa yang baik-baik je untuk anak dia dekat sana.”

Katanya lagi, semasa pemergian ibunya baru-baru ini, dia hanya fikir untuk menyelesaikan urusan pengebumian dengan segera. Dia tidak berhubung dengan sesiapa memandangkan satu Malaysia sudah tahu mengenai khabar itu.

“Memang tiadalah. Panggilan atau datang menziarah jenazah memang tak ada. Kalau tak datang tak apa, mungkin nanti selepas selesai nak pergi tengok kubur ke apa terpulang. Saya tak ada simpan dalam hati.”

Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dia hanya mampu berdoa dari jauh.

“Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah.”

Advertisement

“Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai.”

Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam. Jelasnya, urusan mahkamah di antaranya dan Nor Hidayah sebenarnya masih belum selesai. Dia berharap semuanya selesai dengan segera.

Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah mengenai pemergian ibu mertua namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen. Anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah pandai mengenal huruf, nombor dan al-Quran. Malah, Syed Uthman turut mempunyai karakter 100 peratus seperti arwah Abam.

Video penuh:

Advertisement

Sumber: Melodi | Youtube TV3 Malaysia Official

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

5 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

10 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago