Connect with us

Terkini

(Video) Padah Buang Sampah Dari Tingkap Kereta, Wanita Ini Kutip & Lempar Semula Ke Arah Pemandu

Pernahkah anda mengalami situasi ketika sedang memandu di jalan raya, tiba- tiba ternampak penumpang atau pemandu kereta di hadapan membuang sampah melalui tingkap kenderaan tanpa rasa bersalah?

Sebenarnya inilah mentaliti sebahagian rakyat yang kononnya mempunyai pendidikan dan bertamadun tetapi tidak mempunyai kesedaran sivik langsung.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sitisitieliza yang telah memuat naik sebuah video apabila dia bertindak menghampiri seorang pemandu kereta yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap kereta ketika menunggu lampu isyarat.

Wanita tersebut dilihat mengutip sampah yang dibuang dan memberikan semula kepada pemandu kerana individu tersebut sudah dua kali melakukan hal sama ketika di lampu isyarat berkenaan.

Advertisement
“Jenis bebal! kereta besaq otok kecek!  padan muka hang! tu sampah kedua hang buang tau dak? 1st sebelum hang buang tu aku tengok ja. Ingat tak buang dah. Ehhh hang buang 1 lagi rilek ja nohhh. bodo piang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan komen TikTok @sitisitieliza telah menerima pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pengguna TikTok itu bagi memberi kesedaran kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.

Sumber: TikTok @sitisitieliza

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel