Connect with us

Terkini

Abang Courier Lupa Hantar, Wanita Ini Terkejut Terima Korset Untuk Ibu Berpantang Lepas 2 Tahun Beli

Cuba bayangkan kalau barang yang anda beli secara ‘online’ perlu menanti  bertahun-tahun lamanya untuk diterima? Agaknya mungkin boleh hilang sabar dan menyerbu pusat penghantaran. Namun mungkin juga anda sudah melupakan terus tentang pesanan tersebut.

Nampak pelik tapi benar, namun itulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila barang yang dibeli 2 tahun lalu tiba-tiba sahaja ianya sampai kepada pemilik sebenar.

Kisah itu  tular di laman TikTok, selepas dikongsi oleh seorang pengguna bernama Irmahrma. Dia nyata terkejut apabila menerima satu ‘parcel’ yang sepatutnya sampai kira-kira 2 tahun lalu. Jelas wanita tersebut, isi dalam pesanan berkenaan adalah sehelai korset yang dibeli oleh si kakak selepas baru sahaja melahirkan.

@yyyxxxsygbukti kalo udah rezeki kita ga bakal kemana, pdhl udh diikhlasin, tenang kang kurirnya udah minta maaf ko #jntflyingbox #foryoupage #funnyvideos♬ Langit – punyamu

Menjelaskan dengan lebih lanjut, rupa-rupanya, petugas ‘courier’ itu telah pun gagal menghubungi Irma untuk menghantar pesanan berkenaan. Jadi dia membuat keputusan menangguhkan penghantaran kepada keesokannya harinya, namun pekerja itu akhirnya terus terlupa dan terjumpa semula ‘parcel’ berkenaan sewaktu ingin membersihkan rumah.

Advertisement
@yyyxxxsygBalas @yyyxxxsyg jadi gitu gaes, terakhir bonus😂 #klarifikasi♬ suara asli – irmahrma🌀

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur dengan perkongsian berkenaan. Selain  terkejut dengan jangka masa begitu lama sebelum ditemukan, ramai juga memuji sikap jujur pekerja berkenaan.

Sumber: TikTok irmahrma

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel