Connect with us

Mahkamah

Mengaku ‘Pembantu Ahmad Maslan’, Peniaga Didakwa Tipu Lelaki RM50,000

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menipu dan memperdaya RM50,000 dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pada 2015.

Kamarul Ramizu Idrus, 54, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Tertuduh didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai tertuduh adalah pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terbabit dalam skim pelaburan emas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015.

Advertisement

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa, Siti Mastura Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 dengan dua penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Norhayati turut menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel