Connect with us

Terkini

Setahun Tumpang Rumah Rakan, Anas Nekad Naik Motosikal Balik Kelantan

Pengumuman rentas negeri yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini telah memberi nafas lega kepada segelintir masyarakat yang hilang pendapatan akibat pandemik.

Seperti laporan Kosmo! ini, seorang lelaki dikenali sebagai Anas nekad menunggang motosikal sejauh 420 kilometer (km) untuk pulang ke kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan.

Sejak Ogos 2020, Anas telah kehilangan pekerjaan apabila syarikat tempatnya bekerja terpaksa menutup operasi. Selepas itu, dia cuba untuk bekerja di tempat lain namun tidak bertahan lama.

Dalam tempoh setahun, dia terpaksa tebal muka menumpang rumah kenalannya di sekitar ibu negara disebabkan tidak mampu membayar sewa bilik. Wang simpanannya juga telah kehabisan.

Advertisement

“Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bekerja sebagai penghantar makanan untuk tampung perbelanjaan bulanan.”

Walaupun hidup menumpang, Anas bersyukur rakan-rakan memahami nasib yang menimpa dirinya. Dia juga ada memberikan wang sekadar yang termampu sahaja.

“Saya bertolak balik ke Kelantan pada pukul 1 pagi (semalam).”

“Sebenarnya saya sudah tidak mampu lagi untuk tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang ke kampung.

Sebelum ini, saya hanya terbayangkan kampung dan apabila dibenarkan, saya segera mengemas pakaian. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan ibu dan ayah.”

Advertisement

Tambah bekas operator elektrik di sebuah hotel terkemuka itu lagi, kebenaran merentas negeri merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggunya.

Dia nekad pulang menaiki motosikal kerana itulah satu-satunya harta kepunyaannya.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel