Connect with us

Kemalangan

Wanita Riadah Berbasikal Seorang Diri Maut Digilis Lori

Hasrat seorang wanita untuk pulang ke rumah berakhir tragedi apabila muat digilis selepas basikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22, Jalan Jeniang-Sik Pedu, Sik pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Nazirah Jamaludin yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari beriadah selepas berbasikal seorang diri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang menyusur keluar dari simpang tiga melanggar mangsa yang berada di laluan utama.

Berikutan itu, mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik bagi urusan bedah siasat.

Advertisement

“Akibat dari perlanggaran itu, mangsa yang basikal digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, rakan mangsa memuat naik beberapa posting atas pemergian tersebut selain mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Advertisement

Abdull Razak, berkata, pemandu lori berusia 51 tahun itu didapati negatif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut kes masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman) , Facebook

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel