Berang Gara-Gara Hutang Tak Dibayar, Wanita Buat Upacara Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang

HANOI – Aksi seorang wanita  membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman<i> Suara.com</i>.

Menerusi satu klip video yang tular,  wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H,  dilihat memakai  gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya.

Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang berhutang dengannya. H kemudian  duduk bersila dan membaca jampi serapah.

Namun, upacara H terhenti apabila beberapa petugas keselamatan datang dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.

Advertisement

“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya,” jerit wanita itu.

Ketika H menjerit, seorang lelaki dipercayai individu yang berhutang dengannya dilihat bergegas keluar daripada rumah tersebut dan meminta wanita itu supaya pulang.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Jika ingin meminta hutang, seeloknya bukan dengan cara begini. Anda telah membuat persembahan di depan rumah dan menyebabkan kekacauan,” tulis seorang netizen.

“Kesesakan lalu lintas membuatkan kita sangat tertekan. Ada banyak cara lain, anda tidak seharusnya berkelakuan begitu,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI

Advertisement

<strong>Dapatkan info dengan mudah &amp; pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate <a href=”https://t.me/malaysianupdate” target=”_blank” rel=”noopener”>DI SINI</a></strong>

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

9 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

12 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

18 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago