Connect with us

Jenayah

Jangan Main-Main, Viral Punya Pasal, Pokok Keladi Depan Masjid Pun Orang Sanggup Rembat!

Hobi bercucuk tanam pokok hiasan dan sayur-sayuran kini seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, pokok hiasan seperti pokok keladi atau caladium juga semakin digilai ramai. Malah harga jualan juga boleh mencecah ribuan ringgit.

Namun kali ini lain pula kisahnya apabila tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki dan wanita dipercayai datang ke sebuah masjid di Kelantan pada waktu malam.

Wanita terbabit kemudian turun dari motosikal yang dinaikinya sebelum dengan selambanya dia mengambil dua pasu pokok keladi di hadapan masjid berkenaan. Selepas mencuri pokok keladi, kedua-dua individu tersebut segera meninggalkan perkarangan masjid.

Advertisement

Tindakan tidak bermoral individu berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Malah kebanyakan daripada mereka pelik mengapa pokok keladi tersebut menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup mencuri.

 

Sumber: Facebook

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel