Connect with us
MakesScents Perfume

Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Siti Saleha Sahkan Fail Perceraian Di Mahkamah

Tiba-tiba sahaja rumah tangga pelakon terkenal, Siti Saleha Baharum, 31 dikatakan dilanda badai apabila dimaklumkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu 13 Oktober 2021.

Siti Saleha ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo!

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perceraian ke atas Ahmad Lutfi, 35, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Terdahulu, media hari ini melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan kes cerai ke atas suaminya.

Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi.

Siti Saleha sememangnya jarang berkongsi perihal rumah tangganya secara terbuka di media sosial. Kali terakhir  Siti Saleha, 31, berkongsi gambar mesra bersama suami adalah pada 24 Mac tahun ini bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

“It’s your birthday bubbaboo. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan kabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan anda,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Advertisement

Sumber: Kosmo, Instagram sallywho

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel