Connect with us

Jenayah

(Video) Berang Mak Tak Bagi Duit, Anak Baru Keluar Penjara Seminggu Tergamak Bakar Rumah

Luluh hati seorang ibu apabila anaknya sendiri tergamak membakar rumah keluarganya. Insiden tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang di Kampung Bukit Kapar, Klang semalam.

Si anak yang juga merupakan bekas banduan dilaporkan sebelum itu telah pergi berjumpa dengan ibunya bagi meminta sejumlah wang tetapi gagal. Susulan itu, suspek telah mengugut akan membakar rumah berkenaan jika ibunya tidak memberi duit sebelum beredar. Namun tidak lama selepas itu, wanita berkenaan yang berada di tempat kerja terus bergegas pulang apabila rumahnya dilaporkan dijilat api dan mendapati pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai kerani memaklumkan rumahnya telah terbakar pada pukul 3.30 petang.

“Pengadu yang berada di tempat kerja segera pulang dan mendapati api sedang marak dan pihak bomba sedang berusaha memadam api.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati rumah tersebut adalah rumah kampung jenis berkembar dan suspek merupakan saudara yang tinggal bersebelahan rumahnya,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Berdasarkan rakaman semasa insiden berlaku, seorang penyewa dilihat sangat luluh sehingga terduduk menangis kenangkan tempat berteduhnya dijilat api yang sangat marak.

“Semasa kejadian berlaku, rumah pengadu tidak berpenghuni kerana keluar bekerja dan suspek yang berusia lingkungan 30-an pula merupakan seorang penganggur dan baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah,” ujarnya.

Berdasarkan rakaman semasa insiden berlaku, seorang penyewa dilihat sangat luluh sehingga terduduk menangis kenangkan tempat berteduhnya dijilat api yang sangat marak. Pihak polis kemudiannya berjaya menahan suspek kira-kira jam 6 petang dan ditahan reman selama 4 hari.

Semakan awal mendapati dia baru seminggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan berkaitan bahan narkotik. Motif sebenar turut sedang disiasat, sama ada duit yang diminta itu bagi melepaskan gian atau tujuan lain.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib individu yang terjejas akibat tindakan suspek. Dalam pada itu, masyarakat turut dinasihati agar tidak mendekati bahan terlarang kerana boleh menjejaskan kehidupan sendiri serta ahli keluarga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.34 petang dan tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Ujarnya, api dapat dikawal pada pukul 3.50 petang dan siasatan di lokasi mendapati tiada mangsa dalam kejadian tersebut yang melibatkan kemusnahan sebanyak 90 peratus.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel