Connect with us

Terkini

Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Askar Mengamuk Maut Tembak Diri Sendiri

Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia 28 tahun itu datang ke rumah keluarga isterinya untuk berbincang masalah dihadapinya.

Beliau berkata, ketika berbincang dengan isterinya, suspek tiba-tiba marah dan mengambil senjata api Colt M4 Carbine yang disimpan di kereta.

“Suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan di bahagian ruang tamu dan dapur di dalam rumah itu.

Advertisement

“Ibu mentuanya yang berusia 58 tahun terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, suspek kemudian berjalan ke bahagian hadapan rumah dan terus menembak diri di bahagian dagu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, difahamkan suspek dari kem tentera di Tondong, Bau dan ketika kejadian dia masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan SOP Covid-19 bagi daerah Bau.

“Suspek meminjam kereta rakan untuk ke rumah keluarga isterinya di Kolong 1 dan difahamkan dia dan isterinya dalam proses perceraian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan polis menggesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai,” katanya.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel