Connect with us
MakesScents Perfume

Viral

“Pesakit mengadu tak sedarkan diri dekat rumah” – Terima Panggilan Pukul 3 Pagi, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lepas!

Seorang penolong pegawai perubatan bersama pemandu ambulans berdepan dengan satu detik dan seram apabila mereka menjadi mangsa gangguan mistik ketika sedang bertugas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Tuan Dressar di TikTok, dia menceritakan pengalamannya menerima satu panggilan misteri daripada pesakit yang meminta pihak hospital untuk datang ke rumahnya.

Ujarnya lagi, panggilan berkenaan diterima oleh pihak hospital pada pukul 3.30 pagi kerana terdapat individu yang tidak sedarkan diri dan memerlukan pertolongan daripada pihak ambulans untuk mengambilnya.

“Alang-alang tu tiba-tiba saya teringat satu cerita masa saya bertugas. Saya dapat satu panggilan ambulans call 3.30 pagi daripada Medical Emergency Call Center (MECC).”

Advertisement

“Pesakit mengadu tak sedarkan diri dekat rumah. Saya pun siap-siap lah.”

Sebaik tiba di rumah yang dituju, mereka mendapati keadaan rumah berkenaan berada dalam keadaan gelap gelita dan dia turut memberi salam, namun tiada siapa yang menyahut.

“15 minit saya gerak dengan team PPK sampai lah ke rumah tu. Sampai-sampai tu saya nampak rumah tu gelap betul. Bagi salam tak ada siapa yang menyahut. Cemas lah, kita telefon balik MECC betul ke alamat semua ni. Dia cakap betul.”

Rupanya pesakit dah meninggal 3 tahun lepas

Susulan daripada itu, penolong pegawai perubatan berkenaan membuat keputusan untuk menelefon pemanggil tersebut tetapi nombor telefonnya tidak dapat dihubungi.

“Lepas tu saya telefon nomber telefon pemanggil tiba-tiba keluar ‘nombor yang anda dial tak ada dalam perkhidmatan’.”

Advertisement

Lebih menyeramkan lagi apabila mereka terdengar suara burung hantu pada atap rumah berkenaan. Tanpa berfikir panjang, mereka terus bergegas meninggalkan rumah tersebut.

“Tiba-tiba masa tengah cakap dengan pemandu tu dengar bunyi burung hantu atas atap. Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya, terus kelam kabut balik.”

Lebih mengejutkan lagi apabila keesokan harinya dia memeriksa maklumat mengenai pesakit berkenaan, rupa-rupanya individu tersebut telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Bila kau dapat ambulance call rumah kosong

 

Sumber : medicalasistant

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel