Connect with us

Terkini

“Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera” – Khairy Maklumkan KKM Sudah Buat Laporan Polis

Pihak berkuasa diminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.

Menurutnya, pihak KKM berharap agar tindakan susulan berkaitan perkara itu dilakukan segera.

“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan.

Advertisement

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebagai respon kepada seorang doktor di Twitter yang menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan antivaksin yang menubuhkan group di Telegram dan menyebarkan maklumat palsu berkaitan vaksin serta COVID-19.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel