Connect with us

Global

Suami Kerja Di Malaysia, Wanita Temui Ajal Ketika Melahirkan Bayi Hasil Hubungan Haram

Pasangan suami isteri yang tidak tinggal sebumbung perlu ada rasa percaya dan kesetiaan. Berpisah bukan kerana berselisih faham tetapi kerana tuntutan kerja, bukan sahaja terpisah negeri mahupun wilayah, malah ada yang sampai berada di negara lain.

Akibat komplikasi dekat rumah bidan, wanita temui ajal lepas 2 jam melahirkan bayi perempuan..

Menerusi portal Tribunnews, nasib tragis menimpa seorang wanita berusia 38 tahun apabila menemui ajal 2 jam selepas melahirkan bayi perempuan di rumah bidan.

Menurut laporan portal itu lagi, ibu muda tersebut tiba-tiba sahaja mengalami komplikasi sebelum akhirnya mengalami pendarahan teruk. Dia juga dikatakan sudah beberapa hari tinggal di rumah berkenaan untuk melakukan persedian bagi menyambut kelahiran tersebut.

Pada hari Selasa 12 Oktober 2021 malam sekitar pukul 8 wanita itu mulai terasa sakit untuk melahirkan anak.

Advertisement

Difahamkan, dia juga sempat menjemput ‘pasangan’ gelapnya itu untuk menyaksikan sendiri proses kelahiran berkenaan.

Beranak hasil hubungan haram dengan teman lelaki…

Apa yang lebih mengejutkan ialah rupa-rupanya, bayi yang dikandung adalah hasil hubungan haram bersama teman lelakinya, malah dilaporkan wanita tersebut sudah pun mempunyai suami yang kini sedang mencari rezeki di Malaysia.

Bayi selamat, namun bidan pula ditahan polis

Bayi perempuan yang dilahirkan dilaporkan kini berada dalam keadaan selamat. Manakala bidan pula dibawa pihak polis untuk siasatan kerana khuatir berlaku kecuaian sewaktu wanita terbabit bersalin. Bidan itu berpengalaman selama 13 tahun, namun ini kali pertama kejadian seperti itu berlaku.

Gambar Hiasan

Sumber: Portal Tribunnews

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel