Connect with us

Global

(Video) Bimbang Masjid Dibiarkan Tanpa Ibadah, Imam Muda Ini Sanggup Berenang Untuk Azan Dan Tunaikan Solat Di Masjid

Biarpun kawasan sekitar ditenggelami air, lelaki ini sanggup berenang untuk laung azan dan tunai solat di masjid. Awal bulan lalu, tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki muda menyeberangi sungai dengan cara berenang.

Semasa ditanya, rupa-rupanya beliau menyeberangi sungai untuk melaungkan azan dan menunaikan solat di masjid selepas banjir meelanda susulan ribut Gulab.

Hafiz Moinul Islam yang merupakan imam muda di wilayah Sathkira, Bangladesh menceritakan sudah dua minggu beliau berenang untuk ke masjid yang mana laluannya ditenggelami air.

Bimbang rumah suci itu dibiarkan tanpa ibadah, Hafiz akan menaiki bot untuk ke masjid, namun sekiranya tiada bot beliau akan berenang.

Advertisement

Semuanya demi memastikan bahawa masjid berkenaan terus hidup.

“Oleh kerana ini adalah masjid, saya tidak dapat meninggalkannya. Sehingga hari ini, saya telah melaungkan azan dan bersolat di sana demi Allah.”

Menurut Hafiz, kadang-kadang ada seorang atau dua orang jemaah di sana. Bagaimanapun, lima daripada solat yang ditunaikan, beliau hanya bersendirian.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel