Connect with us

Terkini

(Video) Pesakit Nazak Beritahu Doktor Tentang Kemalangan Maut, Ternyata Ianya Benar-Benar Berlaku

Seorang Pakar Bedah Bariatrik, Doktor Gaafor Mubarak yang sering kali berkongsi pelbagai ilmu kesihatan menerusi platfom TikTok, kali ini berkongsi pula satu kisah pelik yang dialaminya ketika bertugas di hospital.

Kisahnya bermula, apabila doktor ini membuat pemeriksaan pada seorang warga emas lelaki yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum lelaki ini meninggal dunia.

“So saya on call dan saya tengok seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang pakcik tua yang meninggal. So saya suka berada dengan pesakit masa-masa mereka nak meninggal ni masa mereka keseorangan.”

Namun, warga emas ini secara tiba-tiba memberitahu doktor akan berlakunya kemalangan melibatkan tiga individu, dua akan meninggal dunia manakala, seorang akan terselamat iaitu anak kepada individu berkenaan.

Advertisement

“So pakcik ini dia tengok saya dia kata saya rasa sejuk, so saya kata jangan risau pakcik nanti saya bagi selimut. Lepas itu dia kata doktor, ada kemalangan dua orang meninggal dunia seorang selamat, anak dia selamat.”

Pada mulanya, doktor ini agak ‘kebingungan’ dengan kenyataan yang diberikan oleh warga emas ini sebelum dia mendapat tahu terdapat satu kes kemalangan. Tidak berakhir di situ, apa yang lebih mengejutkan apabila apa yang diceritakan oleh warga emas itu menjadi kenyataan.

@drgafoorReply to @misscinnamon0 story time lagi bersama Dr G #fyp #medtiktok #storytime #kesihatan #malaysia #viral #tiktokmalaysia♬ original sound – Dr Gafoor Mubarak

“Lepas itu pakcik tu meninggal dunia. So saya tak faham benda apa yang berlaku tetapi selepas selepas kira-kira setengah jam saya bergegas ke bawah ke Unit Kecemasan dan ada kes kemalangan.”

“Bila saya tengok pesakit dia ambulans tu bawa, orang yang tolak pesakit itu beritahu saya doktor ada kemalangan dua orang meninggal, seorang selamat, anak dia selamat.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja dengan cerita yang dikongsikan itu. Malah ada yang percaya cerita mistik itu benar-benar berlaku.

Advertisement

Sumber: Doktor Gaafor Mubarak

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel