Connect with us

Terkini

Apple Dilapor Padam Aplikasi Al-Quran Popular Dalam AppStore Pasaran China

Apple dilapor telah memadam aplikasi Al-Quran popular, Quran Majeed yang digunakan puluhan juta umat Islam di seluruh dunia daripada App Store untuk pasaran China.

Menurut laporan BBC, aplikasi berkenaan dipadam kerana mengandungi teks keagamaan yang tidak dibenarkan.

Cubaan BBC untuk mendapatkan komen daripada kerajaan China bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas setakat ini.

‘Kehilangan’ aplikasi berkenaan untuk pengguna produk Apple di China pertama kali disedari oleh Apple Cencorship, sebuah laman web yang memantau aplikasi dalam App Store di seluruh dunia.

Advertisement

Pembangun aplikasi berkenaan, Pakistan Data Management Services (PDMS) berkata, Apple memberitahu bahawa aplikasi mereka dipadam kerana memiliki kandungan yang memerlukan pendokumentasian tambahan daripada pihak berkuasa China.

”Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa China untuk menyelesaikan isu ini”, menurut PDMS yang memiliki 1 juta pelanggan di China.

Dalam pada itu, Apple enggan mengulas mengenai tindakan tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa syarikat berkenaan perlu mengikuti undang-undang dan peraturan daripada sesebuah negara walaupun kadang-kala timbul isu yang rumit dimana mereka sendiri tidak bersetuju dengan sesuatu kerajaan.

Sumber: BBC 

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel