Connect with us

Terkini

Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Lelaki Lari Masuk Hutan

Adat hidup berumah tangga pasti tidak terlepas menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun walau apa pun yang berlaku setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Tindakan melarikan diri pasti hanya akan menambahkan masalah bertambah.

Begitu juga dengan konflik rumah tangga  yang dihadapi oleh seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca seorang lelaki Orang Asli, Zali Yasa, 19, melarikan diri masuk ke dalam hutan di Kampung Kundang, di sini.

Menurut laporan portal Harian Metro, kali terakhir penduduk melihat pemuda berkenaan kelmarin sebelum dia meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan menghilangkan diri ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya menerima aduan penduduk kampung berhubung kehilangan lelaki berkenaan, kelmarin selepas usaha mencari dilakukan gagal.

Advertisement

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada batin Kampung Kundang, Wahid Abdullah mendakwa lelaki berkenaan berhadapan masalah rumah tangga sejak beberapa bulan lalu hingga menyebabkan campur tangan keluarga.

Katanya, usaha batin dan keluarga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tidak berjaya menyebabkan lelaki itu kecewa dan merajuk sehingga bertindak nekad melarikan diri ke hutan.

“Operasi mencari lelaki yang hilang berkenaan kini giat dilakukan kira-kira 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) balai Muadzam Shah bersama Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah serta Kuantan, dibantu 25 penduduk Orang Asli setempat.

“Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan tiba petang ini bagi mengesan kedudukan lelaki berkenaan,” katanya yang turut sama menyertai operasi mencari hari ini.

Mohd Azahari juga berkata, tumpuan operasi lebih tertumpu di kawasan hutan terletak berhampiran rumah keluarga isteri lelaki terbabit kerana kemungkinan dia berada di situ untuk melihat anaknya yang berusia setahun.

Advertisement

Katanya, difahamkan lelaki berkenaan yang bekerja kampung terlalu rindukan anaknya selepas lama tidak bertemu selepas dia berselisih faham dengan isterinya.

“Ini kes ke empat operasi mencari orang hilang dilakukan sepanjang tahun ini dan kes pertama membabitkan Orang Asli menghilangkan diri dalam hutan di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi berkata, pihaknya turut sama membantu mengesan lelaki terbabit bersama agensi lain.

“Kita dapati banyak kes membabitkan Orang Asli melarikan diri ke hutan disebabkan konflik rumah tangga apabila berkahwin pada usia muda.

“Jakoa dengan kerjasama batin sentiasa berusaha membantu menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi masyarakat Orang Asli supaya tidak berlarutan,” katanya yang turut menyertai operasi mencari.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel