Connect with us

Hiburan

(Video) “Cerita Kita Tak Sempat Tua…” – ‘Sampai Tua’ Shuib Raih 90k Tontonan Di Youtube

Terdahulu Shuib menerusi akaun Youtube miliknya telah berkongsi satu video kenangan bersama Allahyarham Siti Sarah ketika mereka mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Sampai Tua’.

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagramnya, Shuib memaklumkan telah melancarkan lagu tersebut di akaun Youtube miliknya. Meskipun terpaksa menyanyikan lagu ciptaaan Aidit Alfian itu secara solo, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, kelihatan tabah dan redha dengan ujian yang melanda.

Dinda kau masih paling jelita

Jom dengarkan lagu Sampai Tua di Youtube Shuib Channel. Dari sebelum kahwin lagi, @shuibsepahtu dan arwah sarah dah dengar lagu Sampai Tua. Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ni. Shuib dah janji sama-sama nak nyanyi dengan arwah sarah tahun lepas tapi nampaknya tak kesampaian. Akhirnya yang tinggal hanya kenangan, yang tersemat dalam jiwa sampai bila-bila. Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Shuib turut memberitahu bahawa dia dan Sarah sudah menanti lebih dari 10 tahun untuk lagu ini. Bahkan, mereka turut merancang untuk menyanyikan lagu ini secara duet. Namun, itu semua hanyalah perancangan dan Alllah yang menentukan segalanya. Siapa sangka, isteri yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya ujar Shuib. Tambah Shuib, lagu ini sangat bermakna buat dirinya.

Advertisement

Baru sahaja dimuat naik di Youtube, lagu ‘Sampai Tua’ ini sudah meraih lebih daripada 90 ribu tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen, meluahkan rasa bangga kerana Shuib berjaya merakamkan lagu ini sehingga habis secara solo. Pada masa yang sama, netizen turut terkenang mengenai berita pemergian arwah Siti Sarah. Ujar netizen, bait-bait lirik yang terakhir ternyata mengundang sebak sekiranya pendengar menghayati maksud lirik tersebut.

Sumber: Shuib

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel