Connect with us

Terkini

Anti-Vaksin Dakwa KJ guna Tangkal Azimat, Ini Jawapan Padu Dari KJ

Sebuah dakwaan dari group Telegram mengenai Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sempat tular di media sosial hari ini. Tuduhan yang mengatakan dirinya memakai tangkal untuk melindungi diri turut mendapat respon dari menteri tersebut.

Melalui laman Instagram miliknya hari ini, Khairy menyangkal dakwaan berkenaan yang dipercayai dibuat golongan antivaksin. Melalui hantaran Instastory tersebut, Khairy walaubagaimanapun mengaku menggunakan empat jenis ‘jin’ yang dikatakannya bertujuan untuk melindungi Malaysia.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” tulis Khairy di hantaran Instastory.

Sebelumnya, Khairy dalam satu sidang akhbar semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ‘menyusahkan’ golongan yang menolak vaksin. Ia dipercayai sedikit sebanyak telah mengundang emosi kelompok tersebut.

Advertisement

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” ujar Khairy dalam sidang akhbar semalam.

Gambar: Instagram KJ

Sumber: Khairy Jamaluddin

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel