Connect with us

Terkini

Lans Koperal Maut Disyaki Tertembak Leher Sendiri

Muar – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas disyaki menembak diri dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Jalan Abdullah di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher kira-kira pukul 11.18 pagi di dalam kereta jenis Proton Preve miliknya.

Difahamkan, mangsa bertindak membunuh diri kerana tertekan dengan masalah peribadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai menghantar pesanan mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp ingin membunuh diri.

Advertisement

“Polis Ibu Pejabat Daerah Muar menerima satu maklumat pada pukul 8.20 pagi berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui khidmat pesanan WhatsApp.

“Bertindak atas maklumat, satu operasi mengesan dan mencari mangsa dijalankan sebelum anggota terbabit ditemui di tempat letak kenderaan di pekan Muar dengan kesan tembakan pada leher,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, polis turut menemuk sepucuk pistol jenis Revolver .38 berada bersama mayat si mati dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

Sumber : Kosmo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel