Connect with us

Global

(Video) Lupa Tutup ‘Zoom Meeting’, Ahli Politik Kantoi Raba Pung**** Staf Wanita

Bekas ahli parlimen Azerbaijan dan profesor universiti Huseynbala Miralamov dipecat selepas ‘kantoi’ dirakam kamera sedang meraba punggung staf wanitanya.

Staf wanita itu awalnya tersenyum, tetapi dia terus menutup wajahnya dan melarikan diri apabila menyedari ‘zoom meeting’ bosnya itu masih belum ditutup.

Video itu telah menjadi tular di Azerbaijan dan media tempatan terus menyebarkannya tanpa mengaburkan wajah staf wanita tersebut. Seorang pengacara terkenal di Amerika, Jimmy Kimmel bahkan telah memasukkan klip itu dengan wajah tidak dikaburkan.

Video itu kini dilaporkan sudah dipadam dari saluran Youtube rasmi Kimmel tapi  banyak media lain terus menyebarkannya secara online.

Advertisement

Bahruz Nazarov, Pengarah jabatan Hubungan Masyarakat dan Pemasaran Universiti Industri Minyak dan Industri Negara Azerbaijan (ASOIU), mengatakan Huseynbala Miralamov dipecat selepas kejadian itu.

Dia telah diberhentikan dari jabatannya sebagai ketua Transportasi Minyak dan Gas dan jabatan penyimpanan di Fakulti Teknik Gas dan Minyak ASUOI. Dia juga diberhentikan dari tugas mengajarnya.

Miralamov juga dikeluarkan dari parti politik Azerbaijan Baru, di mana dia menjadi ahli Dewan Veteran dan menjawat sebagai ketua cabang parti distrik Khatai.

Dalam wawancara dengan Unikal dia menafikan menjalin hubungan dengan wanita dalam video tersebut. “Saya diperas ugut”, katanya.

“Ini adalah konferen universiti. Orang-orang yang menyebarkan video ini harus dicari”.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel