Connect with us

Terkini

Bawa Anak Autisme Cucuk Vaksin, ‘Frontliners’ Terus Tampil Membantu, Netizen Sebak Lihat Abang JPAM Usap Kepala Dia

Dikala penularan wabak Covid-19 belum reda, seluruh masyarakat yang layak sememangnya digalakkan menyuntik vaksin sebagai langkah pencegahan. Malah bukan setakat golongan dewasa, malah remaja berusia 12 tahun ke atas dan insan kelainan upaya turut disaran mengambilnya. Itulah yang turut dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya yang menghidap autisme.

Orang pergi PPV register terus…tapi Syami duduk terus makan macam di rumah sendiri

Menerusi perkongsian dilaman sosial TikTok, Puan Erma berkongsi detik-detik  membawa anaknya untuk lengkapkan vaksinasi dos kedua baru-baru ini. Pada awalnya, pemuda dikenali sebagai Syami ini dilihat sudah teruja dari dalam kereta lagi. Sebaik tiba di PPV, dia langsung tidak mendaftar seperti kebanyakan penerima lain. Sebaliknya, Syami terus menuju ke sebuah meja frontliner dan mengambil biskut terdapat di sana.

@ermasandakan1Baru sampai ppv syami dah excited #autismawareness #autism mcmanalah nnti divaksin♬ Jerung Merah Challenge – MVM Music

@ermasandakan1Orang pergi ppv register terus tapi syami duduk terus makan mcm berada d rumah sendiri amboi3 #autism #autismjourney #vaksinasi♬ ONLY – LeeHi

Ditahan oleh sekumpulan frontliners…Alhamdullilah senang sikit berbanding first dose

Tatkala Syami selesa duduk di sana, peluang tersebut dimanfaatkan untuk menyuntik vaksin kepadanya. Menerusi paparan video ini, Syami ditahan oleh sekumpulan frontliners agar tidak lari ketika prosedur tersebut dilakukan. Tak sampai beberapa saat dah selesai, Puan Erma sendiri akui kali ini lebih lancar dari waktu menerima dos pertama. Di hujung rakaman, mereka turut mengusap kepala Syami susulan behave dan beri kerjasama yang baik ketika disuntik.

@ermasandakan1Reply to @dygnshafizahbakar alhamdullilah senang sedikit kena jab berbanding first dose haritu 💕 terima kasih frontliner 🌺 #sinovac #autismawareness♬ Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris) – Alyah

Nangis terus bila abang JPAM tu terus usap kepala dia…semua main peranan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh menyaksikan moment berkenaan sambil memberi pujian kepada Syami. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman menguruskan ‘anak syurga’ dalam keluarga masing-masing.

Advertisement

Sumber: TikTok ermasandakan1

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel